Interactive Dakwah & Tarbiyah Association (IDT) Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama yang penuh barakah bersama Islamic Education Trust (IET) Nigeria dalam melaksanakan ibadah korban untuk saudara-saudara Muslim kita di Nigeria. Moga kita semua terus menjadi sebahagiannan dan kasih sayang merentasi sempadan negara, serta bukti nyata ukhuwah Islamiyah. Semoga daging korban ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada mereka yang menerimanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta yang budiman.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menerima ibadah korban ini sebagai amal soleh, menggandakan ganjarannya, meluaskan rezeki, serta mencurahkan keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat. 🤲🏼💖
Jazakumullahu khairan kathiran. Moga kita semua terus menjadi sebahagian daripada arus kebaikan yang tidak pernah putus.