


Mohd Abdullah
Agama Perbandingan, Teologi, Bimbingan Mualaf, Al-Quran dan Bahasa Arab
Menjiwai Ilmu, Memperkasa Kehidupan: Perjalanan Mohd Abdullah
Profil
Mohd Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd, merupakan seorang pendakwah yang mengkhusus dalam melatih individu untuk menjadi pendakwah yang berkesan. Beliau mengajar teknik-teknik penyampaian da‘wah serta memberi motivasi kepada umat Islam untuk menyampaikan mesej Islam dengan hikmah dan ilmu. Beliau mempunyai lebih 7 tahun pengalaman dalam bidang da‘wah di dalam negara.
Pendidikan
- Sijil Tahfiz – Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu (KQT)
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab – Usuluddin (Akidah dan Falsafah), Universiti Al-Azhar
Pengalaman
- Penyelaras dan Guru Al-Quran – Mengajar Al-Quran dan Tadabbur kepada pelajar sekolah dan golongan dewasa di Pusat Pengajian Al-Mustafa, Negeri Sembilan
- Pendidik Sukarelawan – Sekolah Integriti Kajang (Penjara Kajang), menjalankan kelas agama dan motivasi kepada pelajar juvana
- Tenaga pengajar di beberapa institusi:
– Sekolah Menengah Agama Maarif – Usuluddin dan Bahasa Arab
– Sekolah Bina Insan KUIS – Guru Al-Quran dan Tahfiz
– Sekolah Menengah Agama Nilai – Guru Al-Quran dan Tahfiz
– Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu – Guru Al-Quran - Royal Military College (RMC) – Guru Pendidikan Islam
- Jurulatih dan Penceramah – Interactive Dakwah and Tarbiyah (IDT), Kuala Lumpur